Tembok kita,
Bukan dari batu pejal yang disusun
oleh si Tukang,
Bukan juga dari bancuhan konkrit.
Tidak terbina dari khazanah alam,
Jauh sekali dari ukiran si Tukang
kayu,
Atau si Pemahat Besi.
Engkau bina dari hati yang berduri,
Yang engkau alaskan dengan keayuan,
Membiarkan aku melalui jalan yang
perit.
Tembok kita,
Engkau bina dari awan cemburu,
Engkau gerhanakan lamanku,
Dengan hujan penghinaan,
Dan aku basahimu,
Dengan cemburu.
Engkau dibina atas dasar,
Noda maruahmu,
Engkau gadai kebenaran,
Engkau lacur kejujuran,
Demi senyuman kebahagianmu.
Tembok kita,
Bukan pemisah azali,
Tapi dari keazalianmu,
Andai mampu kita hanyutkan,
Mungkin tembok itu,
Menjadi denai sehala,
Untuk kita susuri kedamaian.
Tembok itu di hati kita,
Kesyukuran dan keakuran,
Itu penawarnya,
Kerana damai itu lebih indah,
lebih nikmat dari duniawi dan kepura-puraan.
0 comments:
Post a Comment