Jika diukir dengan segala bahasa,
cinta itu masih tiada sasteranya buatnya,
Jika dilukis dengan segala warna,
cinta itu masih tiada citra baginya.
Tidakkah kerana cintakan tuhan,
Insan berkorban dan terkorban?
Tanpa cinta lenyaplah agama
Tidakkah kerana cintakan anak,
Ibu lupakan segala kehandak?
Tanpa cinta pupuslah manusia.
Tidakkah kerana cintakan kekasih,
Insan sanggup hidup berselisih?
Tanpa cinta hapuslah segala warga.
Dari akar mekarlah rasa cinta,
Lahirlah jiwa mesra dan manja,
Dari akar mekarlah rasa cinta,
bahagiah dan sengsara menjelma,
Dari akar mekarlah rasa cinta,
muncul tawa dan airmata.
jika cinta ditentang halangannya
terbentanglah selendang perjuangan
semaraklah gendang kebangkitan
cinta itu mahkluk tuhan
penuh keajaiban
penuh kehairanan
penuh kenikmatan
penuh kesakitan
penuh kesyaduan
penuh keharmonian
namun cinta tetap keperluan
tanpa cinta pincanglah alam.
0 comments:
Post a Comment