BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 19, 2011

HARI YANG MULIA :)

SELAMAT BERPUASA RAKAN-RAKAN BLOGGER YANG INA SAYANGI.

PUASA JANGAN TAK PUASA
OKEY..

BANYAKKAN AMAL IBADAT TERUTAMA
MALAM 10 TERAKHIR RAMADAN..

MUUAAHHH...

ASSALAMMUALAIKUM :)

Friday, July 15, 2011

Huruf-Huruf cinta :)

Tapak tanganku lohong
menyambut kelodan
guguran sang mega

Bagaimana kali ini
dapatku susun huruf-huruf cinta?
jika semuanya bertaburan
tika digengam



Hidup Berdiri Atas Cinta :)

Jika diukir dengan segala bahasa,
cinta itu masih tiada sasteranya buatnya,
Jika dilukis dengan segala warna,
cinta itu masih tiada citra baginya.

Tidakkah kerana cintakan tuhan,
Insan berkorban dan terkorban?
Tanpa cinta lenyaplah agama

Tidakkah kerana cintakan anak,
Ibu lupakan segala kehandak?
Tanpa cinta pupuslah manusia.


Tidakkah kerana cintakan kekasih,
Insan sanggup hidup berselisih?
Tanpa cinta hapuslah segala warga.

Dari akar mekarlah rasa cinta,
Lahirlah jiwa mesra dan manja,
Dari akar mekarlah rasa cinta,
bahagiah dan sengsara menjelma,
Dari akar mekarlah rasa cinta,
muncul tawa dan airmata.

jika cinta ditentang halangannya
terbentanglah selendang perjuangan
semaraklah gendang kebangkitan

cinta itu mahkluk tuhan
penuh keajaiban
penuh kehairanan
penuh kenikmatan
penuh kesakitan
penuh kesyaduan
penuh keharmonian
namun cinta tetap keperluan
tanpa cinta pincanglah alam.

Friday, July 8, 2011

Tembok kita

Tembok kita,
Bukan dari batu pejal yang disusun
oleh si Tukang,
Bukan juga dari bancuhan konkrit.
Tidak terbina dari khazanah alam,
Jauh sekali dari ukiran si Tukang
kayu,
Atau si Pemahat Besi.

Engkau bina dari hati yang berduri,
Yang engkau alaskan dengan keayuan,
Membiarkan aku melalui jalan yang
perit.

Tembok kita,
Engkau bina dari awan cemburu,
Engkau gerhanakan lamanku,
Dengan hujan penghinaan,
Dan aku basahimu,
Dengan cemburu.

Engkau dibina atas dasar,
Noda maruahmu,
Engkau gadai kebenaran,
Engkau lacur kejujuran,
Demi senyuman kebahagianmu.

Tembok kita,
Bukan pemisah azali,
Tapi dari keazalianmu,
Andai mampu kita hanyutkan,
Mungkin tembok itu,
Menjadi denai sehala,
Untuk kita susuri kedamaian.

Tembok itu di hati kita,
Kesyukuran dan keakuran,
Itu penawarnya,
Kerana damai itu lebih indah,
lebih nikmat dari duniawi dan kepura-puraan.


Apa yang Kau Cari?

Apa yang kau cari?
Setiap kali kakimu melangkah,
Apa yang kau cari?
Setiap kali hatimu berbisik,
Apa yang kau cari?
Setiap kali tanganmu terhayaunkau,
Apa yang kau cari?
Setiap kali matamu terpandang,
Apa yang kau cari?
Setiap kali mulutmu berbicara,
Apa yang kau cari?
Setiap kali perutmu kosong,
Apa yang kau cari?
Setiap kali matamu lelah,
Apa yang kau cari?
Setiap kali hatimu girang,
Apa yang kau cari di dalam dunia?
Apakah yang kau cari dalam hidupmu?

Apa yang aku cari?
Aku mencari apa yang aku inginkan.
Aku cari apa?
Yang membahagiakanku.
Aku cari apa?
Yang perlu aku cari dan yang pelu aku cari-cari,
Kepulangan,kepulangan,dan
 kepulangan.
Ya, aku tahu apa yang kau cari,
Penciptaku, Kedamaianku.




Remaja.

Remaja,
Perjalananmu masih jauh,
perjuangan,
seperti lautan yang luas,

Masih jauh penentuan hidupmu,
seperti tinggi gunung yang kau daki,

Tapi,
Tapi mengapa?
Berita yang menakutkan,
membunuh,merompak,najis dadah,
'PUNK' dan lain-lain,
menjadi kegilaanmu?

Remaja,
 Renungilah,
Adakah semua ini mendatangkan
kebaikan?
Adakah semua ini suatu petunjuk di
hari esok mu atau perosak masa
depanmu?

Remaja,
Usia mudamu hanya sekali,
Sekali dalam hidupmu,
Kerana masa bagaikan kilat yang
berlalu pantas,
Tanpa disedari oleh sesiapa.


Ertinya sebuah persahabatan :)

Oh kawan!
kau tinggalkan daku sendirian di sini,
duduk menunggu seorang diri,
segala janji yang ditaburkan hanya dusta belaka.

Oh kawan!
Fahamkah kau ertinya sebuah persahabatan,
Hati bagai dihiris sembilu,
Melihat kau pergi sambil tersenyum sinis,
meninggalkan daku tanpa pesan.

Oh kawan!
Sungguh tak ku sangka akan perubahanmu,
diriku seperti wau putus tali,
melayang ke sana ke mari,
Benarlah kata orang rambut sama hitam
tetapi hati banyak bezanya.