Remaja,
Perjalananmu masih jauh,
Perjuangan,
Seperti lautan yang luas.
Masih jauh penentuan hidupmu,
Seperti tinggi gunung yang kau daki,
Tapi,
Tapi mengapa?
Berita yang menakutkan,
Membunuh,merompak,najis dadah
`PUNK' dan lain-lain
Menjadi kegilaanmu?
Remaja,
Renungilah,
Adakah semua ini mendatangkan
kebaikan?
Adakah semua ini suatu petunjuk di
hari esok mu atau perosak masa
depanmu?
Remaja,
Usia mudamu hanya sekali,
sekali dalam hidupmu,
kerana masa bagaikan kilat yang
terlalu pantas,
tanpa disedari oleh sesiapa.
Friday, April 15, 2011
Remaja
Posted by suslina syazleen at 5:31 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment