Yea ^-^ Ina lulus ujian sejarah. Walaupun cuma dapat 74% yang penting Ina sudah berusaha dan tawakal kepada Allah. Ini baru ujian bulan 1. Ina harap dapat tingkatkan lagi usaha untuk mendapat markah yang lebih tinggi lagi. Ina juga nak ucapkan tahniah pada rakan-rakan yang lulus dalam ujian sejarah. Kepada yang gagal,jangan bersedih. Teruskan usaha anda untuk cemerlang. Insyaallah, suatu hari nanti adna akan lulus juga jika berusaha lebih.
Kepada si 'DIA' yang Ina belum lagi layan. Ina nak ucapkan tahniah kerana 'DIA' pun lulus. Mungkin dengan cara Ina dengan'DIA' tidak berlayan dapat mengubah keputusannya. Ina mungkin bukan teman yang terbaik buat 'DIA' yang boleh mengubah menjadi orang yang pintar. Kepada Farah,Faezeh dan Ruhaida(DJ), Ina doakan kalian pun lulus ujian. Ina sayang sangat kat korang termasuklah si 'DIA' (=,=)
Ina juga minta maaf kiranya kita tidak rapat seperti dulu lagi. Sekarang Ina pergi sekolah naik bas jadi sampai sekolah pun lambat. Ina janji bila Ina dah betul-betul sedia dan masalah sudah selesai Ina akan rapat dengan korang seperti dulu. :) . Lagipun korang tahu kan yang Ina dengan si 'DIA' berselisih faham. Ina tak mau di tuduh memburukkan rakan sendiri. Ina dah anggap 'DIA' sebagai adik Ina sendiri. Tapi dia salah faham dengan Ina. Ina bukan memburukkan dia tapi Ina cuba menasihatkan dia. tapi bila Ina dapat tahu dia burukkan Ina.. Sekarang siapa yang burukkan siapa?
Ina mahu semua rakan-rakan Ina berjaya. Tahun ini adalah Tahun yang penting buat kita kerana kita akan menghadapi peperiksaan SPM dan tahun ini juga mungkin tahun terakhir kita untuk bersama. Tapi yang penting sekarang ialah SPM.. =.=
Saturday, February 12, 2011
YEA ^__^.........
Posted by suslina syazleen at 3:13 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment