Nama ku si Baju Merah, aku direka oleh seorang perempuan yang sangat terkenal. Pelbagai rekaan pakaiannya bagus-bagus belaka. Aku salah satu daripadanya yang paling menarik,tetarik dan cantik. Aku adalah pakaian yang paling mahal antara pakaian yang lain. Aku di hiasi dengan labuci-labuci yang cantik dan berbentuk bunga di bahagian hadapan aku. Warnaku juga di padankan dengan sedikit warna hitam di sepangang lenganku. Saiz ku adalah S.
Ramai pelanggan yang hendak membeli aku. Namun,mereka tidak mampu untuk membeli aku kerana hargaku telalu mahal. Tiba-tiba, ada seorang wanita yang boleh dikatakan shopaholic membeliku. Aku berasa sangat gembira apabila aku di beli juga akhirnya. Selepas wanita tersebut membayar,aku dibawa pulang ke rumahnya. Aku di cuci supaya bersih dari segala kuman dan bakteria. Maklumlah ketika aku di kedai baju, aku di pamerkan pada badan patung dan ramai pelanggan memegang aku dan mencubaku dan di sanalah terselitnya kuman dan bakteria di badan ku.
Setelah aku di cuci,aku di jemur dan di stereka oleh tuan aku yang cantik lagi rupawan agar badan-badanku tidak berkedut dan sentiasa kemas. Lalu aku di simpan di dalam almari pakaian, ternyata sungguh banyak pakaian tuan aku. Boleh kalah artis di katakan. Tetapi aku juga tetap tercantik di antaranya.
Pada suatu hari tuan aku akan ke majlis makan malam bersama teman-temannya dan tuan aku bercadang hendak memakai aku. Aku berasa amat gembira kerana ini pertama kali tuan aku memakai aku. Memang cantik tuan aku memakai aku. Memang sesuai dengan susuk tubuhnya yang langsing itu dan warna kulitnya yang cerah. Setibanya tuan aku di majlis itu,semua teman-teman ku terpegun melihat keanggunan tuan ku itu.
Tetapi malangnya tuan ku itu tidak menjaga aku dengan baik. Sisa makanan tuan aku terjatuh di atas ku dan warmaku sudah tidak cantik lagi akubat tumpahan sisa makanan. Sampai sahaja tuanku di rumah, dia amat maraj dengan aku kerana aku kotor dan tidak cantik lagi. Sedangkan tuan aku yang tidak menjaga aku dangan baik. Aku berasa sangat sedih kerana mendapat tuan yang tidak bertanggungjawab. Cuma dengan memakai aku satu malam aku terus di buang.
Hidup aku ibarat manuasia yang berkahwin dengan pasaangannya. Tetapi tidak dijaga dengan baik lalu diceraikaannya. Umpama kehidupan ku si baju merah. Kini akhirnya aku hidup di tapak pelupusan sampah.. Hancur sangat hati aku !!!!!
Cerita ini hanyalah rekaan semata2.. tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yg mati.
Cuma hanya mencuba2 dalam bidang penulisan..
Friday, January 28, 2011
"Aku Si Baju Merah"
Posted by suslina syazleen at 10:42 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment