BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 28, 2011

Lrik lagu kalau cinta..

Ina suka sangat lagu nie.. muaxxx...

Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Sebagai ratu
Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Verse
Telah ku percayakan
Hati ini padamu
Maka kita tak saling risau
Risau risau risau
Chorus
Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cintamu
Pada yang punya cinta
Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Yang aku perlu
Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu
Ulang Verse
Ulang Chorus

Kau ku perlu
Kau jiwaku
Kau cintaku
Kau ku rindu
Kaulah ratu
Ulang Chorus 3X
Kaulah ratu
Kau kau cintaku
Kau ku rindu
Kau jiwaku

Si Jelita yang terbuang

pix_gal0

Animasi berdasarkan cerita dongeng rakyat diangkat dalam bentuk tiga dimensi
KISAH dongeng gadis jelita yang berambut panjang dan tinggal bersama nenek kebayan di sebuah menara antara cerita pilihan kanak-kanak sejak dulu.
Watak Rapunzel jarang menjadi bualan berbeza dengan watak sezamannya seperti Snow White dan Cinderella. Walaupun cerita Rapunzel tidak gah seperti cerita dongeng lain, namun kehidupan watak ini jauh lebih gigih. Kehidupannya sejak bayi hingga meningkat dewasa tidak seperti remaja lain.
Rapunzel tidak pernah mengenali siapa diri dan keturunannya, namun lebih malang tidak mampu untuk berbuat apa-apa disebabkan terputus dengan dunia luar. Angan-angannya tinggi untuk mengecapi dunia sebenar di luar tetapi dihalang oleh Gothel iaitu nenek kebayan yang mengaku ibu kandungnya.
Sejak bayi hingga berusia 18 tahun, kehidupan Rapunzel hanya di atas menara, namun kehidupannya tidak menunjukkan tekanan hidup yang dihadapi. Di usia remaja, Rapunzel masih seceria remaja lain dan ada kalanya kecewa dengan Gothel.
Bayangkanlah apakah perasaan yang wujud sekiranya dia mengetahui yang dirinya adalah seorang puteri dan terpisah kasih sayang daripada ibu serta bapa kandungnya.
Perwatakan yang dilahirkan itu mampu mengalirkan air mata lebih lagi adegan pertemuan bersama ibu dan bapanya. Karektor Rapunzel juga kuat dengan pelbagai permainan emosi termasuklah ceria, kecewa, marah, sedih dan romantik.
Filem animasi yang ditayangkan sempena musim cuti sekolah ini dilihat sempurna dari segala aspek termasuklah jalan cerita, lagu, emosi dan karektor yang tidak terlalu sarat.
Jalan ceritanya tidak banyak menyimpang dan teratur melengkapkan dari satu plot ke plot yang lain. Bagi mereka yang pertama kali menonton kisah Rapunzel tidak sukar memahaminya kerana dimulai dengan pengenalan watak daripada pencerita.
Karektor Rapunzel yang pernah diilhamkan sebelum ini dari cerita klasik Jerman adalah seorang gadis jelita yang baik, bersopan dan tinggi penderia hidupnya, namun Rapunzel dilahirkan kembali ketika ini masih mengekalkan sifat yang sama tetapi dilihat lebih agresif dan berkeyakinan tinggi dalam menempuh cabaran di luar.
Walaupun Rapunzel (menggunakan suara Mandy Moore) tidak pernah mengenali persekitaran kehidupannya sejak kecil sehingga dia berusia 18 tahun, namun kali ini dia dipadankan dengan karektor baru yang juga menjadi temannya sejak kecil iaitu seekor sesumpah yang taat dengannya.
Karektor ini juga menarik dari segi kemunculannya biarpun tanpa dialog. Begitu juga dengan karektor kuda yang lincah dan sering menimbulkan masalah. Walaupun dia seekor kuda namun dia menganggap dirinya sebagai seekor anjing yang boleh menghidu di mana musuhnya berada.
Tidak lengkap setiap cerita tanpa elemen cinta, lebih lagi Rapunzel yang juga sebenarnya adalah puteri jelita. Pertemuan pertama kali Rapunzel bersama seorang perompak yang cuba melarikan diri dan menceroboh ke kediaman Rapunzel melahirkan putik-putik cinta.
Jejaka bernama Flynn Rider (Zachary Levi) sebenarnya bukanlah lelaki yang jahat tetapi terperangkap dengan tipu helah dua penjahat kembar.
Pertemuan pertama Rapunzel dan Flynn Rider sudah menonjolkan sifat keberanian Rapunzel. Biarpun selama ini tidak pernah mengenali lelaki tetapi sifat keberanian dan keterbukaannya adalah karektor yang baik.
Sifat keberanian dan keterbukaan yang cuba dipaparkan itu jugalah antara sifat dan kehidupan sebenar remaja hari ini.

Saturday, February 12, 2011

YEA ^__^.........

  Yea ^-^ Ina lulus ujian sejarah. Walaupun cuma dapat 74% yang penting Ina sudah berusaha dan tawakal kepada Allah. Ini baru ujian bulan 1. Ina harap dapat tingkatkan lagi usaha untuk mendapat markah yang lebih tinggi lagi. Ina juga nak ucapkan tahniah pada rakan-rakan yang lulus dalam ujian sejarah. Kepada yang gagal,jangan bersedih. Teruskan usaha anda untuk cemerlang. Insyaallah, suatu hari nanti adna akan lulus juga jika berusaha lebih.
  Kepada si 'DIA' yang Ina belum lagi layan. Ina nak ucapkan tahniah kerana 'DIA' pun lulus. Mungkin dengan cara Ina dengan'DIA' tidak berlayan dapat mengubah keputusannya. Ina mungkin bukan teman yang terbaik buat 'DIA' yang boleh mengubah menjadi orang yang pintar. Kepada Farah,Faezeh dan Ruhaida(DJ), Ina doakan kalian pun lulus ujian. Ina sayang sangat kat korang termasuklah si 'DIA' (=,=)
  Ina juga minta maaf kiranya kita tidak rapat seperti dulu lagi. Sekarang Ina pergi sekolah naik bas jadi sampai sekolah pun lambat. Ina janji bila Ina dah betul-betul sedia dan masalah sudah selesai Ina akan rapat dengan korang seperti dulu. :) . Lagipun korang tahu kan yang Ina dengan si 'DIA' berselisih faham. Ina tak mau di tuduh memburukkan rakan sendiri. Ina dah anggap 'DIA' sebagai adik Ina sendiri. Tapi dia salah faham dengan Ina. Ina bukan memburukkan dia tapi Ina cuba menasihatkan dia. tapi bila Ina dapat tahu dia burukkan Ina.. Sekarang siapa yang burukkan siapa?
  Ina mahu semua rakan-rakan Ina berjaya. Tahun ini adalah Tahun yang penting buat kita kerana kita akan menghadapi peperiksaan SPM dan tahun ini juga mungkin tahun terakhir kita untuk bersama. Tapi yang penting sekarang ialah SPM.. =.=

Saturday, January 29, 2011

dongeng tikus jatuh cinta pada putri yang cantik


Ini dongeng seekor tikus yang jatuh cinta pada seorang puteri cantik. Tunggu dulu! Tikus ini benar-benar tikus. Bukan pangeran yang terkena kutukan penyihir jahat menjelma seekor tikus. Nama tikus itu Desperaux. Ia tikus kastil kecil dengan telinga lebar yang suka mendengarkan musik dan membaca buku-buku dongeng di perpustakaan istana milik raja. Dari situlah ia mengenal kehidupan para puteri dan ksatria berbaju besi yang saling jatuh cinta serta hidup bahagia selamanya.

Selengkapnya adalah begini :

Zaman dahulu kala, ketika para tikus dapat berbicara seperti manusia, hiduplah satu keluarga tikus bernama Tilling. Pada suatu hari, di balik dinding-dinding kastil, lahirlah dari keluarga itu seekor tikus bertubuh kecil dengan daun telinga lebar. Ia tikus kastil paling kecil dengan telinga paling lebar yang pernah dilahirkan ke dunia. Ia kemudian diberi nama Desperaux Tilling. Saking kecilnya, ayah ibu dan saudara-saudaranya yakin betul bahwa ia tak akan bertahan hidup. Ia pasti akan segera mati.

Tetapi ia terus hidup dan bahkan kemudian mengalami peristiwa-peristiwa hebat dalam hidupnya.

Ia adalah satu-satunya tikus kastil yang pernah duduk di atas kaki Sang Raja penguasa kastil. Ia pula satu-satunya tikus yang bebicara dengan Pea, puteri tunggal raja karena terdorong oleh kesukaannya mendengarkan musik yang kerap dimainkan oleh raja bersama puterinya itu. Semua kelakuannya itu dianggap sebagai sebuah pelanggaran bagi kaum tikus kastil. Untuk itu, ia harus dihukum menjadi tahanan bawah tanah.

Desperaux memilih menjalani hukumannya di bawah tanah, sebuah dunia gelap tempat hidup para tikus got yang jahat, dari pada harus menyatakan penyesalannya karena telah berani bercakap-cakap dengan puteri pujaan yang telah membuatnya jatuh cinta. Ia menolak mengingkari perasaan hatinya.

Di bawah tanah yang gelap itu, tinggallah para tikus got yang licik dan jahat. Salah satunya adalah Chiaroscuro atau Roscuro saja. Roscuro, berbeda dari tikus-tikus got lainnya, sangat menyukai cahaya. Oleh sebab itu ia selalu mencari cara agar bisa ke dunia bagian atas kastil hanya untuk mendapatkan seberkas cahaya yang disukainya sampai pada suatu hari terjadilah tragedi yang membuatnya terpaksa kembali ke ruang bawah tanah untuk selamanya.

Kisah Desperaux (The Tale of Desperaux) adalah sebuah dongeng kanak-kanak dari Perancis. Dan seperti lazimnya dongeng kanak-kanak, kisah inipun tampil sangat "hitam putih". Kebaikan selalu pada akhirnya akan mengalahkan kejahatan. Pesan moral yang gampang dicerna dan diterima oleh kanak-kanak di manapun di seluruh dunia ini.

Diceritakan dengan gaya narasi oleh penulisnya, Kate DiCamillo. Kisah Desperaux memberi wejangan pada pembacanya untuk selalu memiliki hati yang baik dan bersih agar kita selamat. Dengan berbuat baik kita akan dapat menyelamatkan hati kita dari sisi gelapnya (iri, dengki, marah, dan dendam kesumat).

Salah satu cara menyampaikan dongeng kanak-kanak agar menarik adalah dengan menampilkan tokoh-tokoh puteri dan ksatria. Dalam kisah ini , walaupun tak ada ksatria sebenarnya yang menikahi Puteri Pea, ada Desperaux yang menyelamatkan sang Puteri dari tangan jahat Roscuro.

ini memang "cuma" sebuah dongeng kanak-kanak, tetapi tidak ada salahnya bukan, menarik pelajaran darinya? Sebab bukan hanya kanak-kanak yang tidak boleh memelihara terus "sisi gelap" hatinya....

cerita dongeng CINDERELLA


Pada zaman dahulu ada seorang gadis yang sangat cantik. Ibunya telah meninggal dunia. Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak. Ibu tirinya itu sangat garang. Begitu juga dengan kedua orang kakak tirinya. Ayahnya pula selalu keluar bandar untuk berdagang.
Setiap hari dia diperintah oleh ibu tiri dan kedua orang kakak tirinya supaya membuat kerja rumah. Cinderella merasa amat sedih mengenangkan nasib yang melanda dirinya. Tiada tempat untuknya mengadu.

Wajahnya yang cantik itu menjadi comot kerana terlalu banyak membuat kerja dan tidak sempat hendak mengemaskan dirinya. Sedangkan kedua orang kakak tirinya itu hanya tahu bersolek, berpakaian cantik dan berjalan-jalan. Kerana pakaian dan wajahnya yang sentiasa comot itu, kedua orang kakaknya menggelar dia Cinderella.

Pada suatu hari putera raja telah membuat pengumuman akan mengadakan majlis tari-menari di istana. Semua gadis di dalam negeri itu dijemput menghadiri majlis tersebut. Kedua orang kakak tiri Cinderella yang hodoh itu mengambil keputusan hendak menyertai majlis itu.

Oleh kerana mereka tiada baju yang cantik, ibu tiri mereka mengarahkan Cinderella menjahit baju baru untuk kedua-dua orang kakak tirinya itu. Kedua-dua helai baju kakaknya itu dijahit oleh Cinderella. Setelah baju itu siap, kedua kakaknya saling bertekak mengatakan dia yang paling cantik.

“Aku akan memakai baju baldu berwarna merah dengan manik-manik yang cantik. Aku juga akan memakai rantai mutiara yang berwarna putih. Tentu aku kelihatan cantik.”

“Baju aku lebih cantik dari baju engkau!” kata kakak kirinya yang kedua. “Bajuku dipenuhi dengan labuci dan manik. Rantai leherku zamrud berwarna hijau. Sudah tentu aku lebih cantik daripada kau dan dapat menawan hati putera raja!”. “Kau tak akan dapat berkahwin dengan putera raja,” kata kakak tirinya itu sambil tertawa kepada Cinderella.

Cinderella merasa sedih mendengar kata-kata kakak tirinya itu. Kedua orang kakak tirinya itu tergesa-gesa pergi sambil terus sambil mentertawakan Cinderella. Setelah kedua orang kakak dan ibu tirinya pergi Cinderella duduk sendirian di dapur. Dia menangis mengenang nasibnya yang malang. Tiba-tiba dia terkejut kerana melihat sebutir cahaya berkelip-kelip tidak jauh darinya. Dari cahaya yang semakin membesar itu keluar seorang pari-pari yang cantik.

“Siapakah kau? Dari manakah kau datang?” tanya Cinderella sambil mengesat air matanya.

"Aku adalah pari-pari pengasuh kau,” jawab pari-pari yang cantik itu. “Sekarang beritahu aku adakah kau ingin pergi ke majlis putera raja di istana?”

“Ya, aku sangat ingin pergi ke majlis tu,” jawab Cinderella. Aku ingin bertemu dengan putera raja.”

“Aku boleh tunaikan permintaan kau itu,” jawab pari-pari itu lagi. Tapi ada syarat-syaratnya. Kau harus buat apa yang aku suruh.”

“Baiklah,” jawab Cinderella bersetuju.

“Mula-mula pergi ke kebun dan ambil buah labu yang palihg besar,” kata pari-pari itu. Cinderella terus berlari masuk ke dalam kebun lalu mengambil labu yang paling besar. Dia segera membawa labu itu masuk ke dalam taman. Pari-pari itu menyentuh labu itu dengan tongkat sakti. Tiba-tiba sesuatu yang ajaib pun berlaku. Labu itu menjadi kereta kuda yang cantik dan besar. Didalamnya terdapat kerusi baldu yang cantik, dihiasi langsir yang bewarna keemasan.

Cinderella memandang kereta kuda itu dengan rasa takjub dan kagum.

“Sekarang, bawakan aku enam ekor tikus,” kata pari-pari itu lagi. Cinderella segera masuk ke dapur. Dia mencari dibawah dapur dan dibelakang pintu. Tidak lama kemudian dia pun membawa enam ekor tikus di depan pari-pari itu. Tikus itu telah ditukarkan oleh pari-pari menjadi enam ekor kuda yang akan menarik kereta kuda itu.

“Kita telah memiliki kereta kuda untuk membawa kau ke istana. Sekarang aku perlukan seekor lagi tikus untuk menjadi pengiring dan pembantu kereta kuda.” Cinderella masuk ke dapur untuk mencari seekor lagi tikus. Setelah dia dapat menangkap tikus itu dengan segera diserahkannya tikus itu kepada pari-pari itu.

Kini kereta kuda itu telah lengkap dengan pemandunya yang berpakaian kemas dan cantik. “Sekarang kau boleh pergi ke majlis itu dan menemui putera raja!” kata pari-pari.

“Tapi bagaimana? Aku tidak boleh masuk ke dalam istana. Pakaianku buruk dan compang-camping. Tentu pengawal istana akan menghalau aku keluar.”

Pari-pari itu menyentuh Cinderella dengan tongkat saktinya. Serta-merta bajunya bertukar menjadi cantik. Rambut dan mukanya juga cantik berseri. “Dan inilah pemberian yang terakhir,” kata pari-pari itu lalu menyerahkan sepasang kasut emas yang cantik yang tidak pernah dibayangkan oleh Cinderella selama ini.

Cinderella merasa sangat gembira. Dia lalu memeluk pari-pari itu. Bila dia melangkah masuk ke dalam kereta kuda, pari-pari itu berpesan kepadanya. “Berjanjilah, kau akan pulang sebelum pukul dua belas tengah malam, anakku. Kerana di saat itu semuanya akan kembali kepada asalnya.”

Cinderella berjanji akan pulang sebelum dua belas tengah malam. Kereta itu dengan pantas berlari menuju ke istana. Apabila dia sampai didepan pintu istana, pengawal dengan hormat menyambut ketibaannya. Dia diiringi ke dewan istana. Di situ majlis tarian telah dimulakan. Semua orang yang berada di dewan itu memandang ke arahnya. Mereka sangat hairan melihat seorang gadis yang sangat cantik. Kedua orang kakak tirinya juga kehairanan.

Putera raja datang kepadanya lalu memimpin tangannya. Putera raja mengajaknya menari. Mereka menari sepanjang malam. Putera raja hanya mahu menari dengan Cinderella. Putera itu sangat tertarik dengan Cinderella. Tiada sesiapa di situ kenal padanya dan mereka semuanya merasa hairan dan kagum.

Raja dan permaisuri yang berada di atas singgahsana merasa kagum melihat kecantikan Cinderella. Cinderella pula hampir lupa pada dirinya dan janjinya pada pari-pari itu.

Cinderella terkejut bila menyedari setengah jam lagi menunjukkan pukul dua belas tengah malam. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada putera raja dan meninggalkan istana. Sebaik sahaja dia sampai di rumah jam telah menunjukkan pukul dua belas tengah malam.

Setelah berehat dari kepenatan Cinderella mendapati kedua kakak tirinya pun pulang. Mereka asyik bercerita mengenai puteri yang sangat cantik yang tidak dikenali itu. “Putera raja telah jatuh hati kepadanya,” kata kakak tirinya yang tua. “Putera raja sanggup berbuat apa sahaja untuk mengetahui namanya dan di mana dia tinggal.”

Cinderella tersenyum mendengar kata-kata kedua orang kakak tirinya yang hodoh itu. “Adakah dia benar-benar kelihatan cantik?” tanya Cinderella. “Betapa beruntungnya kakak dapat melihat puteri itu.”

Cinderella tidak berkecil hati kerana dia akan pergi menemui putera itu pada malam esoknya. Pada keesokan harinya kedua orang kakak tirinya sibuk bersiap-siap hendak pergi ke istana. Pari-pari pengasuh Cinderella sampai sebaik sahaja kedua orang kakak tirinya itu pergi ke istana. Dia menggunakan tongkat saktinya lalu menukarkan pakaian Cinderella lebih cantik dari malam pertama.

Putera raja ternyata telah jatuh cinta pada Cinderella. Dia menunggu dan menyambut kedatangan Cinderella di depan pintu istana.

Cinderella hampir lupa pada dirinya kerana terlalu gembira. Dia tidak pernah merasa bahagia seperti itu sebelum ini. Masa berlalu dengan cepat tidak disedarinya waktu sudah pun dua belas tengah malam. Dia terkejut dan segera berlari pulang.

Cinderella takut pakaian cantik akan bertukar menjadi buruk dan kereta kudanya bertukar menjadi tikus kembali. Dia berlari keluar dan mendapati kereta kudanya telah bertukar. Cinderella berlari pulang dengan termengah-mengah.

Putera itu mengejar Cinderella dari belakang. Ketika menuruni tangga, kasut emas Cinderella telah tercabut. Tapi Cinderella tidak menyedarinya. Putera raja mengambil kasut itu. Bila kakak tirinya pulang ke rumah mereka sibuk bercerita. Putera jelita itu telah tertinggal kasut emasnya di istana dan ditemui oleh putera raja.

Pada awal pagi esoknya raja membuat pengumuman. Gadis yang mempunyai kaki yang sesuai dengan saiz kasut emas itu akan dijadikan isteri puteranya. Dia telah memerintahkan pengawalnya membawa kasut itu ke semua rumah di negeri itu untuk dicuba. Tapi tidak seorangpun yang dapat memakainya. Akhirnya pengawal istana itu tiba di rumah Cinderella.

Kedua-dua orang kakak tiri Cinderella sangat gembira hendak mencuba. Bila dia cuba memakai kasut itu dia menjadi marah. “Kenapa tidak muat?” kata kakak tirinya yang pertama. “Kaki aku kelihatan kecil sahaja!” rungutnya.

“Biar aku cuba,” kata kakak tirinya yang kedua. Bila kakak tirinya yang kedua memakainya, kasut itu jauh lebih besar hingga dia tidak boleh berjalan.

“Aku yakin kasut itu sesuai dengan aku tapi mengapa ia menjadi lebih besar dari kaki aku!”

“Adakah sesiapa lagi di dalam rumah ini yang hendak mencuba kasut ini?” tanya pengawal istana kepada kedua orang kakak tiri Cinderella. “Memang tidak ada sesiapa lagi,” jawab mereka.

Pengawal iatana itu terpandang Cinderella yang berada di situ. Hatinya berkata gadis itu cantik tapi pakaiannya compang-camping. Dia pun memanggil Cinderella untuk mencuba. Sebaik sahaja kasut itu tersarung dikakinya, ianya amat sesuai sekali membuat kedua orang kakak tirinya terkejut besar.

Disaat itu juga pari-pari muncul dihadapan mereka dengan tersenyum. Dia pun menyentuh Cinderella dengan tongkat saktinya lalu menukar pakaian Cinderella.

Kakak tiri Cinderella merasa marah dan cemburu. Pari-pari itu pun membawa dia ke kereta kuda yang sedia menanti.

Kereta kuda itu pun bergerak pergi menuju ke istana. Putera raja sangat gembira apabila akhirnya gadis kesayangannya ditemui. Keesokan harinya mereka pun berkahwin dan hidup aman damai.

Cinderella tidak pernah melupakan kedua orang kakak tirinya lalu mengajak mereka tinggal bersamanya di istana. Tidak berapa lama kemudian kedua orang kakak tirinya pun berkahwin dengan orang kaya. Mereka tidak lagi sombong dan hodoh. Lama-kelamaan mereka juga kelihatan cantik dan berbudi bahasa.

Pengajaran :

1. Buat baik dibalas baik.

2. Jangan mudah putus asa.

3. Keajaiban boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Friday, January 28, 2011

"Aku Si Baju Merah"

    Nama ku si Baju Merah, aku direka oleh seorang perempuan yang sangat terkenal. Pelbagai rekaan pakaiannya bagus-bagus belaka. Aku salah satu daripadanya yang paling menarik,tetarik dan cantik. Aku adalah pakaian yang paling mahal antara pakaian yang lain. Aku di hiasi dengan labuci-labuci yang cantik dan berbentuk bunga di bahagian hadapan aku. Warnaku juga di padankan dengan sedikit warna hitam di sepangang lenganku. Saiz ku adalah S.
   Ramai pelanggan yang hendak membeli aku.  Namun,mereka tidak mampu untuk membeli aku kerana hargaku telalu mahal. Tiba-tiba, ada seorang wanita yang boleh dikatakan shopaholic membeliku. Aku berasa sangat gembira apabila aku di beli juga akhirnya. Selepas wanita tersebut membayar,aku dibawa pulang ke rumahnya. Aku di cuci supaya bersih dari segala kuman dan bakteria. Maklumlah ketika aku di kedai baju, aku di pamerkan pada badan patung dan ramai pelanggan memegang aku dan mencubaku dan di sanalah terselitnya kuman dan bakteria di badan ku.  
   Setelah aku di cuci,aku di jemur dan di stereka oleh tuan aku yang cantik lagi rupawan agar badan-badanku tidak berkedut dan sentiasa kemas. Lalu aku di simpan di dalam almari pakaian, ternyata sungguh banyak pakaian tuan aku. Boleh kalah artis di katakan. Tetapi aku juga tetap tercantik di antaranya.
   Pada suatu hari tuan aku akan ke majlis makan malam bersama teman-temannya dan tuan aku bercadang hendak memakai aku. Aku berasa amat gembira kerana ini pertama kali tuan aku memakai aku. Memang cantik tuan aku memakai aku. Memang sesuai dengan susuk tubuhnya yang langsing itu dan warna kulitnya yang cerah. Setibanya tuan aku di majlis itu,semua teman-teman ku terpegun melihat keanggunan tuan ku itu.
    Tetapi malangnya tuan ku itu tidak menjaga aku dengan baik. Sisa makanan tuan aku terjatuh di atas ku dan warmaku sudah tidak cantik lagi akubat tumpahan sisa makanan. Sampai sahaja tuanku di rumah, dia amat maraj dengan aku kerana aku kotor dan tidak cantik lagi. Sedangkan tuan aku yang tidak menjaga aku dangan baik. Aku berasa sangat sedih kerana mendapat tuan yang tidak bertanggungjawab. Cuma dengan memakai aku satu malam aku terus di buang.
   Hidup aku ibarat manuasia yang berkahwin dengan pasaangannya. Tetapi tidak dijaga dengan baik lalu diceraikaannya. Umpama kehidupan ku si baju merah. Kini akhirnya aku hidup di tapak pelupusan sampah..  Hancur sangat hati aku !!!!!













Cerita ini hanyalah rekaan semata2.. tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yg mati.
Cuma hanya mencuba2 dalam bidang penulisan..

Dia salah faham....

Pada 25 january 2011, bersamaan dengan hari selasa. Aku hadir ke sekolah selepas sembuh dari sakit. Tibanya di sekolah aku senang sekali dapat menuntut ilmu. Takut ketinggalan pelajaranlah katakan.. Tapi selepas dari pulang drpd bacaan yassin d surau,aku dan rakan2 kembali ke kelas. Tiba-tiba c *** tanya kami tntg kehilangan buku mathnya.. seolah2 menuduh kami yg curi. Sudalah menuduh pas tu cakap lg orang bodoh. Rakan mana juga yg x sakit hati bila di katakan begitu.. Jadi aku ngan ayu pun membawa diri dengan wat hal masing2 dengan tdk menegur sesama sendiri...