BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 11, 2011

Keldai yang memikirkan dirinya cerdik

  Seekor keldai berjalan-jalan di sepanjang sebatang lorong. Tidak beberapa lama kemudian, ia sampai ke sebuah kabun.
  Dikebun itu terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.
  Keldai memandang kepada buah-buahan epal diatas pohon yang besar. Kemudian ia memandang kepada buah-buahan labu pada tumbuhan yang manjalar diatas tanah.
  Keldai yang memikir dirinya cerdik. Ia menggeleng-geleng sambil berkata,'dalam alam semula jadi banyak benda yang tidak betul.'
  Seekor burung yang hinggap diatas dahan terdengar kata-kata keldai lalu berkata,'Beritahu saya apa benda yang tidak betul itu.'
  Keldai menunjuk ke arah buah-buahan epal dan buah-buahan labu lalu berkata,' Dua jenis buah ini,'
  Keldai berkata lagi ,' Pokok epal yang besar mengeluarkan  buah-buahan yang kecil. Tumbuhan labu yang kecil pula mengeluarkan buah-buahan yang besar.'
  Burung itu berkata pula,' inilah kejadian istimewa dalam semula jadi.'
  Keldai berasa marah lalu berkata. Apakah istimewanya kejadian ini?'
  Keldai berkata lagi.' Buah epal sepatutnya jadi besar sebesar buah labu. Buah labu jadi kecil sekecil buah epal.
  Keldai itu berasa bangga dengan kata-katanya itu. Ia berjalan pergi ke pokok epal lalu menggaru-garu badannya yang gatal.
  Apabila pokok epal itu bergoyang sebiji epal gugur dan mengenai tepat kepala keldai
  Keldai berasa sakit lalu menjerit, 'Aduh buah ini hampir memecahkan kapala aku!'
  Burung itu tertawa berdekah-dekah sambil berkata ,' kamu bernasib baik kerana buah epal tidak sebesar buah labu.'
  Jika tidak.' kata burung itu lagi ' Kamu mungkin tidak ada lagi untuk memberitahu yang kamu sakit.
  Keldai berasa malu lalu pergi dari situ.